Saturday, 31 December 2011

Selamat tinggal 2011

Ini lah post aku yang terakhir untuk tahun ni(comfirm)....insyaAllah,di akhir tahun ini aku ingin meninggalkan segala kenangan2 dahulu dan tahun ini bagi memulakan tahun baru yang akan datang...tahun baru azam baru,tahun ini aku berazam untuk berusaha dengan lebih gigih dalam setiap kerja ku,aku juga berazam agar dapat menjauhkan diri dari segala unsur2 yg tidak baik bagi ku(terutama cinta),aku berasa tidak sabar menenti malam ini untuk menyambut ketibaan tahun baru,walaupun ade ura2 mengatakan akan berlaku bencana yang dasyat dalam tahun baru ini tapi aku menganggapnya sebagai takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah,jika ianya terjadi,aku bemohon agar aku dan keluargaku selamat,dan jika ditakdirkan aku mati,matikan aku dalam keimanan dan keredaan-Mu Ya Allah....sesungguhnya tiada tempat lain bagi ku bermohon kecuali kepada-Mu....apa yang penting kehidupan mestilah diteruskan,perjuangan kita masih jauh kehadapan,permulaan tahun baru seharusnya menjadi titik permulaan baru dalam kehidupan kita kearah kebaikan,selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012,semoga kehadiranmu dipenuhi rahmat dari Allah S.W.T....insyaAllah

Monday, 26 December 2011

Cuti di kampung


Suasana kampung,memang mendamaikan....nampaknya topik suasana pagi yang hening bukan topik yang terakhir untuk tahun ini,sepanjang aku berada dikampung aku enjadi malas,mane taknyer nak makan mak dah masak,baju pun pakai mesin basuh jew,nak kluar jaln2 tu malas lah pulak memandangkan musim hujan,di kampung membuatkan aku menjadi tenang,aku dapat lupekan segala masalah yang aku hadapi semua ini,memang aku masih takut dengan masa depanku,tapi itu lah lumrah manusia yang akan lupa segala dugaan yang dihadapi tatkala dikelilingi nikmat yang sementara,insyaAllah lepah nie jiwa aku menjadi sedikit tenang untuk menghadapi rintangan dimasa hadapan nanti,aku juga bermohon agar Allah mengurniakan rezeki yang melimpahruah kepada ayah ibu,adik-bradik yang lain serta aku sendiri didunia dan akhirat,pagi ini tanpa ku sedari aku mula tertarik dengan lirik lagu ombak rindu yang dinyanyikan oleh izat kalau tak silap aku,entah mengapa aku rase tartarik dengan lagu tu.....menjiwang aku(toin,toin,toin,toin)hahahaha......tapi yang penting aku bahagia sepanjang bercuti dikampung.......Ya Allah kurniakan daku kebahagiaan,permudahkan segala urusanku,dan kurniakan aku rezeki-Mu serta ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku,ahli keluargaku dan dosa-dosa ku yang terdahulu,hindarilah aku dan keluargaku dari segala bala bencana,fitnah,penyakit dan kemurkaan-Mu Ya Allah,kurniakan aku isteri yang solehah disamping zuriat yang mampu meneruskan perjuangan membela agama-Mu.....Amin Ya Robbal Alamin.......

Friday, 23 December 2011

Suasana pagi yang indah


Pada pagi ini aku tersedar agak awal (kul 8.00).OMG aku terlepas subuh lagi,huhuhuu rase sungguh pilu hati ini,suasana agak sepi pagi ini sebab yang lain semua dah balik kampung,pagi nie ade jugak yang akan balik,nampaknya tinggallah aku sorang-sorang kat sini menanti waktu malam kerana bas aku jam 9.30 malam nanti,debaran dihatiku mula terasa sebab nak balik kampung,insyaAllah dapat duit dari kakak aku yang sulong,pastu dapat jumpe member lame,makan nasi bungkus dan sebagainya,tapi terdetik dihati ini,apakah aktiviti menarik yang boleh aku lakukan semamsa dikampung nanti,takkan nak lepak 24-7 sepanjang cuti ini,huhuhu......bila difikir panjang-panjang akhirnya membuah satu idea yang amat menarik,first aku nak habiskan mase pagi dan petang dengan membersihkan halam rumah,pastu sebelah mlm nyer lak aku nak hbskn mase mlm ku dengan membace Al-Quran dan bermunajat,insyaAllah aku dapat lakukan semua ini sepanjang tempoh cuti ku nanti,makan minum tu xyah cakap sebab bile kat kampung nie makanan percuma tu banyak,pagi petang dan malam akan sentiasa diisi dengan makanan kampung,terbayang suasana indah kapung bile termenung kat balkoni rumah sewaku pagi tadi,suasana sunyi,dengan udara segar yang menjaminkan kedamaian dihati tatkala mengenang kisah duka dan lara yang baru sahaja aku lalui,aku juga bermohon pada tuhan agar aku juga akan mendapat tawaran SPA nanti walaupun telah lewat pada usiaku ini,atau kembali memohon setelah aku mendapat sijil diplomaku disini,semoga Allah memurahkan rezekiku di dunia dan akhirat kelak,hari ni nak buat semua benda terasa malas,nasib baik aku telah mencuci semua baju ku semalam,yang tinggal lagi nak kemas bilik dan barang-barang yang bersepah dalam bilik ku ini,InsyaAllah aku dapat menyambung kembali blogger aku pada tahun hadapan,dan yang ini mungkin yang terakhir bagi tahun ini,selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012 insyaAllah.......

Ombak Rindu ost


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Wednesday, 21 December 2011

Pisau belati untuk hatiku



(gambar nie sekadar gambar hiasan semata2)

Pagi ini suasana hujan menyelubungi Kuala Lumpur
seakan-akan turut bersimpati terhadap diriku
yang kesepian bila cinta yang ku dambarkan
ditolak dengan sebuah pembohongan
yang mengguris hatiku cukup dalam sekali
aku menghormati dirimu,aku menghormati alasanmu
aku tahu kau cuba lari dariku
kau berusaha untuk menjauhi sebuah maksiat
aku kagumi sikap mu itu
kerna kau adalah wanita sejati dan mulia dimataku
aku bukan sekadar mahu berkenalan
tapi aku mahu memilikimu secara halal
aku juga benci pada maksiat
aku juga takut dengan dosa dan balasan dari-Nya
mungkin dirimu bukan jodohku
aku redha...cinta tak boleh dipaksa
kalau orang dah tak sudi nak buat macam mane
kalau paksa pun bukannya bahagia diakhirnya
sekarang terpaksalah aku membawa diri
kesepian mencari sebuah kebahagiaan
bila terkenang kembali,aku teringat akan kampung
yang penuh dengan kedamaian
bersama bonda dan ayahanda yang kucintai selama ini
tapi untuk meluahkan perasaan ini pasti mustahil
aku hanya anak remaja yang baru kenal erti kehidupan
aku masih mentah dengan sebuah percintaan
biarkanlah ianya berlalu dan menjadi sebuah kenangan
yang akan ku simpan untuk ku kenang dimasa depanku nanti.
Aku juga tidak menyangkan yang aku akan jadi begini
menderita dan sakit disebabkan cinta
mungkin kerna sebelum ini aku belum pernah mencintai seseorang
sekarang ia memberi sebuah keperitan yang sungguh mendalam
aku lebih sanggup ke medan perang dari menghadapi keperitan cinta
aku lebih sanggup mati bertempur menegakkan kebenaran
yang menjanjikan syahid dan balasan syurga dari sebuah keperitan
dan kesakitan yang sia-sia dan tidak menjanjikan apa-apa diakhirnya
Sekarang cinta bagi ku mengundang sebuah padah
dan padah itu berpanjangan
jika dahulu aku tak mengerti semua itu
sekarang aku akan mula menjauhi cinta yang penuh sengsara
pergilah dikau bersama cinta hati ini
bahagialah dikau disisi teman hati mu
dari jauh........
aku hanya mampu tersenyum melihat kau bahagia
untuk mendekatimu amat mustahil bagi kau
bila hatimu sudah berpunya

Insomnia


Huuhuhuh.......tension3,boleh jadi gile aku(mintak jauh)sejak start sem 5 nie,aku asyik tension jew.dah lah keputusan sem 4 xmemuaskan hati ku,rase mcm nak bunuh diri pun adew,pastu timbul pulak watak penyeri dalam hidupku(nie aku syok sendiri,sidia dah ade bf kot :P)aku asyik dok syok kat dia,dia pulak cakap dah ade pakwe....huhuhuhu....dah macm nak giler aku,start dari awl2 sem 5 sampailh skarang nie asyik xleh tidow jew aku,lps satu,satu pulak yg masok masalah dalam kepala aku nie,kalau nak kire dah 7 hari aku xleh tidow,jd zombie mlm2.orng lain tidow aku dok merayau jew dalam rumah.....kejap teringat yg tu,kejap teringat yg nie.....nangis aku.....hari yg selebihnya aku tidow dalam 2-3 jm jew sehari,masuk kelas pun dah mcm org gile,xleh nak fokus......blaja pun dah xberapa nak faham dah skarang nie.......mlm nie xtahu lah boleh tidow ke tak.....ade jugak terlintas nak ambil ubat anti insomnia nie,tp semua lacture tmpt aku larang,termasuklah kakak and family aku.....yelah sb ade side-effect,setiap hari rase mcm mamun jew,semua nak marah,kadang2 aku blh tergelak sorang2,nangis sorang2 secara tibe2......huhuhuu takut aku.....kalau ade perang skarang nie aku nak joinlah,insyaAllah dpat mati syahid pastu dapat tidow selame-lamenyer......huhuhuhuu
nie nak jadi zombie mlm nie,kacau org lain tidow,dengki aku tgk org lain tidow,mcm best jew hahahahaha harghhhhhh.........

Melakar kenangan pahit


Cinta,membawa banyak maksud yang berlainan erti bagi setiap insan,bagiku cinta penuh kenikmatan,cinta penuh dengan racun,cinta penuh dengan duri,pernah aku jatuh cinta pada
seorang wanita yang pada mata ku sempurna segala-galanya,cantiknya,hatinya...namun cintaku ditolak dengan alasan hatinyatelah dimiliki.....aku tahu itu sekadar pembohongan kerana aku amat kenal dengan pempuan yang seperti dia,sanggup berbohong agar dapat menjauhi maksiat,aku amat menghormatinya.....aku sedar semua itu,dan ini semua silap ku yang cuba untuk menarikmu kearah kemaksiatan,maafkan aku Tengku Nur Amalina...aku sanggup tinggalkan mu asalkan kau bahagia,ingin aku melihat senyumanmu,aku rindu akan cahaya pada mata mu,tapi aku sekadar insan yang sentiasa bergelumang dengan dosa,dan aku pasti kau akan mendapat pasangan yang jauh lebih alim dan baik dariku,insyaAllah,aku akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagianmu kelak
kalau kau jodoh ku,InsyaAllah kita akan berjumpe lagi selepas ini,walaupun kau seorang janda beranak 4 skalipun aku akan sanggup mengambilmu kembali.......bukan kecantikan mu di dunia yang ku mahukan,tapi keanggunan mu sebagai permaisuri bidadariku di syurga kelak InsyaAllah.........

Monday, 19 December 2011

Opick-Taqwa

Laaillahailalloh 8x

Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku

Laaillahailalloh 8x

Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Alloh Alloh Alloh

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh (Laaillahailalloh)

Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Alloh 2x

(Laaillahailalloh)
Jagalah ya Alloh
Laaillahailalloh

Sunday, 18 December 2011

Ombak Rindu



Tersentak.....
terpana akan kehidupan yang bagaikan roda
terkapai-kapai melawan ombak di lautan
namun kekuatan fari hanyut
bersama derasnya air yang mengalir
hanya pasrah dan kejujuran dalam diri
kental diiringi imbawan kembali
mereka yang telah pergi

Rindu....
rindukan kesempurnaan hidup
pilunya hati dikelilingi suasana berliku
walaupun tersergam di sisi
mahligai istana lengkap segala
ia hanyalah pelengkap dari yang tiada makna
ketidaktenangan hati tetap menghantui
menyesalkah

kesepian...kehampaan...kerinduan...
bagaikan teman saban hari
tiada siapa yang mengerti

suara yang nyaring diiringi pandangan
nan menusuk...
perintah yang tiada bantahan
walau hati tak lekang dek ngomelan
tak siapa mendengar
hanya dinding dan hiasan berwarna
sama warna dengan hati tak keruan
tak pasti sampai bila

Namun terlihat seketika
senyuman menawan,layanan istimewa
dan ketawa kedengaran
serta.....kebenaran terpaksa
penyeksaan hampir terlerai
sayangkah?cintakah?
ianya sementara cuma
yang pasti...
kepercayaan masih terhalang
tersangkar kembali di mahligai indah

hati nan terluka
sentiasa tercari-cari
apakah sebenarnya yang tersurat
apakah itu telah tersurat

Ombak yang bergelora kian menghilang
Rindu yang terlerai tampak indah
Bila...
Tabir cinta Hariz tersingkap
Semarak cinta Izzah terbela
Lalu...
Hariz dan Izzah melakar bahagia.

Saturday, 17 December 2011

Wanita


Hadirmu ibarat penyeri dalam hidup lelaki,kewujudanmu umpama bunga yang indah,namun kehadiranmu juga mampu meruntuhkan keimanan seorang lelaki,kewujudanmu juga mampu menarik 4 golongan lelaki ke dalam neraka jahanam,setiap apa yang dikurniakan kepadamu merupakan tanggungjawab yang besar,kecantikanmu mampu mengundang dosa yang teramat besar,tapi dari kecantikanmu juga mampu menjamin dirimu kesyurga,kelembutanmu mampu melembutkan hati seorang lelaki kearah kebaikan atau kearah kehancuran,keayuanmu mampu membuat seorang lelaki menjadi tenang,dirimu juga merupakan penyambung warisan manusia yang beriman dan suci diatas muka bumi ini,walaupun golonganmu teramat mudah untuk menjadi ahli syurga tp golonganmu juga yang paling ramai ke neraka jahanam,jadi sedarlah wanita bahawa dirimu ibarat sebuah bunga kaca yang hanya boleh disentuh oleh seorang lelaki yang bernama suami bagimu,janganlah kamu sesekali menyalahguna apa yang telah dikurniakan dan dipertanggungjawabkan kepada mu,kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah kepadaMu kearah kebaikan

1)doa serang wanita lebih maqbul berbanding doa lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat berbanding lelaki
2)seorang wanita solehah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh

Matlamat hidup

Dalam kehidupan ini,penuh dengan dugaan yang kite sendiri kadang-kadang tidak menyedarinya terjadi terhadap diri kita,bagi aku sebuah kehidupan itu takkan berwarna tanpa dugaan.Tapi dugaan itu juga mengakibatkan aku kadang-kadang menjadi lupa akan matlamat sebenar aku hidup di dunia ini.Jika kita lihat pada hari ini,kalau nak kawin mesti paling kurang ada Rm12 ribu,kene ade pekerjaan yang tetap dan bagus,gaji lumayan dan sebagainya.yelah sape nak bagi anak diaorang kat orang yang tak ada masa depan,nanti anak dia nak makan pasir ke,kakadang ada yang memandang darjat lebih dari ilmu agama,lebih memandang harta di dunia berbanding amal ibadat.Tak kurang juga aku,asyik memikirkan masalah dunia jer,sampai kadang-kadang aku lupa akan kehidupan selepas nie......tanpa ilmu agama macam mane kita nak beribadat,tanpa duit atau kejayaan macam mana kita nak memelihara kejayaan umat islam.Jadi pada pendapat aku,dalam kehidupan kita seharusnya seimbang antara amal ibadat dan juga kejayaan di dunia,cuba kita fikir balik,kita hidup di dunia ini hanya sementara dan hanya untuk mengumpul pahala untuk kita ke syurga kelak,beribadatlah kamu ibarat kamu akan mati keesokan harinya dan carilah kejayaan di dunia iarat kamu akan hidup 1juta tahun lagi
renung-renungkanlah.........

adakah aku menghampiri dosa


Setiap hari,aku rasa semakin jauh aku dari-Mu
mengapa kadang-kadang aku melupakan-Mu
semakin jauh perjalanan ku
semakin jauh diri ku terpencil dam semakin hina
aku bagaikan hilang tempat bergantung
aku bagaikan hilang arah dan tujuan hidup
yang penuh dengan dugaan dan cabaran
dalam dunia yang dipenuhi pancaroba dan tipu muslihat
kadang-kadang aku juga terikut-ikut dengan tipu daya dunia
aku juga kadang-kadang semakin alpa
semakin buta dengan nikmat dunia yang tak seberapa jika dibangdingkan dengan syurga
di saat aku kekecewaan baru aku ingat akan-Mu
bila aku ditimpa musibah,barulah aku mengingati-Mu
Ya Allah,jagalah hati hamba-Mu ini dari terpesong dengan tipu daya dunia yang sementara
Ya Allah,taatkan hatiku terhadap-Mu,kekalkanlah rasa cinta ini hanya kepada-Mu
kurniakan aku iman yang kuat,rasa tawakalku kepada-Mu

Friday, 16 December 2011

Temuduga yang menyedihkan

Kisah nie pengajaran untuk aku dan semua
Terjadi dalam bulan 10 tahun nie,
sebab first time temuduga so xtentu hala aku jd nyer
masuk jer bilik temuduga terus jatuh tersungkur dpn penemuduga
huh,mmg td tak baik tu,skali dia soal pulak sln susah kot
pasal farmasi,mentang2lah aku nie ambil kos farmasi
kat kolej swasta,celake sungguh,aku pulak xbersedia langsung
sudah jatuh ditimpa tangga,last2 keputusan amat menyedihkan
yelah sape xsedih sb tak dpt belajr bawah KKM kan
so walaupun berduka kene jugak teruskan hidup
hahahaha,nie nak tunggu temuduga yg seterusnya
mintak2 dpt kali ni
aku dah benci dok KL lame2
sb banyak kenangan manis yang akhirnya memakan diriku
huhuhuhu

Kenangan di Hentian Putra



Masih ku ingat saat itu
Kali pertama kita bertemu
Diwaktu pagi yang hening
Tanpa mentari
Aku terpandang wajahmu
Di Hentian Putra
Mengapa akhirnya
harus aku yang tersiksa
merindui wajahmu yang indah
Umpama cahaya pagi
menyinari hatiku yang sepi
Cinta dihati mulai berbunga
Tapi mustahil bagiku
mendekatimu wahai cahaya
kerna aku hanya insan biasa
Sedangkan kau wanita mulia
kenangan Hentian Putra
Kini aku terkenang kembali
walaupun masa sudah berlalu
Masih segar diingatanku ini
Bagai semalam ia terjadi
Kenangan Hentian Putra
Kini ku masih ingati
Walaupun kau tiada disini
Namun wajahmu tetap dihati
Dan akan terus ku mencari
Wahai cahaya yang berseri
Kenangan Hentian Putra

peristiwa ni berlaku seminggu lps raye haji
(19/20 hrbln 11 2011,kalau xsilap)
,dlm kul 5.40 pagi.....sampai skarang sidia nie aku cari
hahahaha :)....kat tangga tu lah aku terlihat sidia
dia pulak siap senyum kat aku
pehhhhh

Tentang cinta


Cintakan harta itu bakhil
cintakan wanita itu alam
Cintakan diri ertinya bijaksana
Cintakan mati ertinya hidup
Cintakan Ilahi ertinya Taqwa