Monday, 30 January 2012

Sayang, sayang-sayang

Masa ku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Sunday, 29 January 2012

Ya Ilahi


once upon nights I don't know what happened to me
A darkness invaded me O lord

the earth narrowed and the sky
and my heart didn't know the light
and the tears started to cry Oh God

oh my God

I disobeyed and the sin is great
and I am a prisoner in my own sorrow
I am tied into my sin oh lord
so do I desesrve oh God the forgiveness as a criminal?
Admitting my sins oh my God

oh my God
Oh my God
Oh my God
oh my God

you are the one who created me
you had mercy on me and you gave me
Oh God you've been always with me
But I'am the one who turned back on you
I forget what was yours
And I walked on my own path Oh my God

Oh my God (×4)

you are the one who created me
you had mercy on me and you gave me
Oh God you've been always with me
But I'am the one who turned back on you
I forget what was yours
And I walked on my own path Oh my God

Oh my God
Oh my God
Oh my God
Oh my God

And toady I come back my loard
From a darkness beyond the limits
the heart is broken and I'm confused
And I'am the drowned one and I can't see savior for me but you
no asylum except you

Oh my God
Oh my God
Oh my God
Oh my God
Oh my God
Oh my God
Oh my God
Oh my God

Andainya lelaki tahu..


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda....

Saturday, 28 January 2012

Demi cinta suci


Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Tuesday, 17 January 2012

Kenali Wanita....

a) Tanah - anak pertama, kelima,kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas
... WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan
seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan
memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga
kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah
tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan
menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Sunday, 15 January 2012

Nasib dan doaku padaMu malam ini

Malam nie entah kenape rase malas gile nak study,esok dah nak exam...huhuhuhu ptg tadi dah start study tp x1 pun yang melekat,tension rase.....Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak,aku rase macam nak over night mlm nie...yg penting aku puas hati,dah lah duit cepat jer jalan sehari dua nie,kering duit aku...esok aku berniat nak puasa lah,dapat jimat duit,menjaga pandangan and konsentrasi untuk belajar subjek yang seterusnya hahahahahaha makin tension aku,hati pun dah mula xtenteram balik nie,kenapa Ya Allah,bantulah hati ku ini,peluklah hatiku ini supaya aku hanya mencintaiMu YA Allah,sesungguhnya godaan syaitan ini amat kuat bagi ku,lindungilah aku,peliharalah hati ku ini agar aku dapat menjauhi perkara2 mungkar dan menghindari segala maksiat dan zinar hati,peliharalah kesucian hatiku ini,kuatkanlah iman di dadaku Ya Allah,tetapkan pendirianku...timbulkanlah rasa diati ini supaya aku dapat menjauhi cinta yang haram bagiku,Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...bantulah hambaMu ini Ya Allah,kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah Ya Allah.....

Saturday, 14 January 2012

doa Rasulullah selepas solat

Antara doa Rasulullah selepas solat yg diperkenankan oleh Allah SWT :

1. Janganlah bagiku perasaan takut kepada sesiapa pun melainkan hanya pada Allah.

2. Elakkanlah sifat bakhil dalam diri ini mahupun bakhil harta dan ilmu.

3. Janganlah berikan aku umur yg panjang jika keadaan aku hidup lama dalam kehinaan dan tidak mendapat rahmatmu Ya Allah.

4. Jauhkanlah aku dari fitnah dunia.

5. Jauhkanlah aku dari fitnah kubur.

Friday, 13 January 2012

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Mengapa Hawa tercipta sewaktu Adam lena dalam Tidurnya

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

kebahagiaan


• Aku impikan gembira,
• Yang tiada akhirnya
• Dan aku tahu,
• Itu hanyalah di syurga.

• Aku mula memandang dunia,
• Dengan pandangan yang berlainan,
• Ibarat formula-formula yang terapung,
• Menanti untuk diselesaikan

• Hari ini ujian ini,
• Dan esok ujian itu.

• Gembira, sedih
• Suka, duka
• Putaran ini wujud di dunia,
• Kesedaran hidup di alam fana
• Aku patut berhenti berfantasi

• Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini
• Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya
• Hanya wujud di Syurga sana

• Sama ada aku memilih untuk berdiri

• Atau aku tidak akan mendapatkannya nanti .

Murah rezeki bila kahwin


Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya. Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.


Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda:

“Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar. Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai ‘satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.’ Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

michael heart Gaza


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_heart/we_will_not_go_down.html ]
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_heart/#share

hari ini....


Dah lame aku xpost pasal hidup aku,yelah sb aku rase gembira sekarang...dapat melupakan kisah silam ku,walau pun aku masih xberubah tahun nie,tapi insyaAllah aku akan kekalkan rasa cinta ku ini kepada Allah Yang Esa,aku mulai faham erti cinta yang sebenarnya,cinta bukan sahaja bermaksud kita memiliki,tetapi ia juga bermaksud menerima ketentuan Ilahi,kadang2 bile kita jatuh cinta kepada seseorang,tak semestinya dia akan menjadi milik kita kerana jodoh kita telah di tentukan oleh Allah,ingatlah dia sentiasa menunggu kita,kita hanya mampu berdoa agar dia dan kita terpelihara darisegala dosa2 dan fitnah di dunia ini,semoga dikuat kan iman,diteguhkan hati kita dalam menempuhi ujian di dunia ini,sungguh banyak dan indah nikmat-Mu Tuhan,aku tahu aku ini hamba-Mu yang lemah lagi hina,bantulah aku dalam mengharungi ombak dunia ini yang penuh dengan tipu daya musuh2-Mu Ya Allah,aku juga bermohon agar aku dapat temuduga kedua dan luluh untuk menyertai kursus separa perubatan bawah KKM,semoga cerah masa depan ku...aku bersyukur kerna aku dapat melupakan dia setelah sekian lama terluka,walaupun di hati ini masih ade rase sayang tapi ingatlah jodoh itu telah ditetapkan,so xgune cari awal2 sebab dah ade,yang penting isi ilmu didada tu cukup2,dah ade kemudahan baru cari,insyaAllah selamat dunia Akhirat...entah kenape malam nie rase nak merapu pulak kat ruangan nie,hahahaha,yang penting bahagia...cinta boleh buat kita insaf,cinta juga boleh buat kita buta,cinta mampu membawa padah kepada kita,hindarilah aku Ya Allah,
walaupun kuiz pada hari nie mcm jahanam,insyaAllah aku dapat score dalam mid-sem...huhuhuhu
wasalam

Inginku Sempurnakan Separuh Agamaku


Ya Allah.. Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang Hatiku merasa rindu pd dia insan yg ku cintai dalam diamku... Ya Rabb.. Biarlah Ku simpul dalam setiap do'a-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah karna Redha-MU.... Ya Rabb... Tuntunlah Hati hamba agar hanya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar2 Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku. Ya Rabb,,, Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,bisa membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dlm pernikahan yg sakinah,mawaddah,warrahmah..Tapi kalau bukan dia yg terbaik,Maka jgn biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekaguman ku seprti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kutitipkan rasa ini,kuserahkan semuanya pada-Mu,krna semua ini adalah milik-Mu.. Aamiin ya Rabbal’ alamiin..

Thursday, 12 January 2012

Salah ke mencintai seseorang


Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..

Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.

1) Menyintainya kerana ALLAH swt…(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,
mengikuti sunah nabi)
2) Cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) Cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan “cinta suci remaja” memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….

Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannyadengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:

“Tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?

Dalam surah Al-Isra:ayat 32

“Janganlah kalian mendekati zina”

Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.

Sabda nabi,

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan”

Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu…….

Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?

Rasulullah bersabda:

“Tdak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti? kekasih kah?? Tentu tidak. Oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah……demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.

Tuesday, 10 January 2012

buat bakal isteriku




Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

solat wanita yg tidak bertudung


Ramai wanita yang menunaikan solat , tapi tidak menutup aurat..

Allah terima kah solat itu ? TIDAK !!!

Jangan sia2 kan amalan anda..

Ramai wanita beranggapan, apabila sudah berkahwin, sudah dikira bnyk amalannya kerana mendengar kata suami. Tetapi tidak menutup aurat.

Adakah cukup amalan anda itu? TIDAK !!!

Jangan sia2 kan amalan anda..

hukuman wanita tidak menutup aurat, rambutnya akan diikat keatas hingga mendidih otaknya! kulit badan habis dibakar dan akan tumbuh semula, dan akan dibakar lagi. Begitulah seksaan api neraka. Akan berlanjutan selamanya. Kerana diakhirat, tiada istilah MATI ..

Sembahyanglah kamu


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Monday, 9 January 2012

Ciri-Ciri Wanita Solehah



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Dosa seorang lelaki


BERATNYA DOSA LELAKI

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "....

Kisah Su'ul Khatimah (Mati Terbakar Kerana Memperikaikan Hukum-hukum Allah)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat
dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.

Saturday, 7 January 2012

Doa lisan

Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita, menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh, InshaAllah...!

zinar hati


Si Jejaka : Hi awak , boleh berkenalan , dah lama saya perhatikan awak.
Si gadis : Assalamualaikum , siapa ni ?

Si Jejaka : Waalaikumussalam , saya *hamba ALLAH*. Terus terang saya rasa tertarik hati dengan awak , tapi sebelum itu boleh saya tahu awak sudah berpunya ke belum ?
Si gadis : Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan siapa siapa.
...
Si Jejaka: Boleh tak kita berkawan ?
Si gadis : Mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta. Saya harap awak faham.

Si Jejaka : Baguslah kalau begitu , tak salah kan.
Si gadis : Itu salah , cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka : Oh ok , jadi macam mana saya nak dekati awak ?
Si gadis : Dekati abi dan ummi saya. Kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: Err . .macam tu ke . .kenapa kena melalu keluarga awak dulu ?
Si gadis : Sebab saya tak nak terjatuh cinta dengan awak sebelum nikah. Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka : Saya faham, kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak ?
Si gadis : Simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak. Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka : Ok saya faham.

Si gadis : Terima kasih , saya ada hal ni, assalammualaikum.
Si jejaka: Waalaikumussalam.

Friday, 6 January 2012

Perpisahan kita


Tiara, Menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara, Ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa ku sentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan kata azimat di telinga
Kita, Terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita, Dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna tapi aku hanya tunduk ke bumi hidup tertekan
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum hanya bertemankan sepi
Bisakah kau menghargai cintaku yang suci ini
Oh Tiara, pedihnya dapatkah kau merasakan
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum hanya bertemankan sepi
Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya…

Mengintai Dari Tirai Kamar


Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan...

Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu...

Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari

Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka mengintaimu...

ku dihalaman rindu

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelma seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya
Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci
Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum tiada madu
oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu

untuk mu sayang


Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

Hanya Segenggam Setia


Lepaskanlah genggaman tanganmu
Pergilah dia menantimu
Jangan menangis...
Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah kumembawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi

( korus )
Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba
Cuma yang ada segenggam setia
Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

Masih lagi aku terasa
Betapa hancurnya hatiku
Bila kau dipaksa bersama
Dengan si dia...

Senyuman yang engkau ukirkan
Seakan mengundang sengsara
Kalau ku tahu kau tersiksa
Tak kan kulepaskanmu

Setelah kau tiada di sisi
Bagiku tiada cinta lagi selamanya
Di bibir ku lafazkan rela
Di hati terasa pedihnya
Melepaskanmu pilu hatiku
Ohhhhhhhhhhhhh
Pilu hatiku

bunga larangan


Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan

DI HARI KIAMAT


Pada suatu hari para sahabat berkumpul bersama Rasulullah dan mengatakan pada Rasulullah, "
Lihatlah Nabi Ibrahim dijadikan oleh Allah sebagai Khalilullah." (kesayangan Allah)
Para sahabat lain pula mengatakan, " Lihatlah Nabi Musa yang agung dijadikan oleh Allah sebagai Kalimullah.
" (boleh berbicara terus dengan Allah) Para sahabat lain pula mengatakan," Lihatlah Nabi Isa AS dijadikan oleh Allah sebagai Kalimatullah! "
(penciptaan disisi Allah tanpa bapa) Ada yang mengatakan bahawa kehebatan Nabi Adam pula kerana dijadikan oleh Allah secara lansung.
(penciptaan disisi Allah tanpa ibu dan bapa)
Kemudian Nabi Muhammad mengatakan kepada mereka bahawa semua nabi-nabi yang disebut oleh mereka semua adalah istimewa dan mulia.
" Dan ketahuilah wahai para sahabatku bahawa aku adalah Habibullah.Aku adalah kekasih Allah, aku adalah orang yang pertama akan memberi
syafaat kepada umat manusia di hari kiamat nanti.Aku adalah orang yang paling termulia dari semua makhluk yang diciptakan oleh Allah.
Aku adalah nabi pertama yang akan memasuki syurga dan bersamaku orang-orang fuqara' dari kalangan orang mukminin (beriman kepada Allah)."
Hari yang menakutkan, dimana Allah mengumpulkan semua manusia.Allah mengumpulkan al-awwalin wal akhirin dan ketahuilah bahawa pada hari
yang menakutkan tersebut, tidak ada yang mampu memberi pertolongan dan syafaat melainkan Rasulullah SAW.Semua nabi mengatakan nafsi-nafsi
(sendiri-sendiri), hanya Nabi Muhammad sahaja yang sanggup menolong.Sentiasalah kita rasa kasih dan berselawat ke atas Rasulullah.Hanya beliau
sahaja yang memegang kunci Syurga.Agar kita mendapat syafa'at beliau.Wallahua'lam.

Jagalah hatiku Ya Allah


Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Thursday, 5 January 2012

doa seorang Lelaki yang kesepian


Ya Allah,kurniakanlah aku pasangan yang solehah,kurniakanlah aku zuriat yang soleh,Ya Allah sesungguhnya malam ini aku kesepian,aku juga merasa takut akan perasaanku yang tak menentu,lindungilah aku,jika belum tiba masa untuk aku berpasangan kuatkanlah imanku YA Allah,Ya Allah sesungguhnya aku takut dengan siksaan api neraka-Mu,walaupun ku tahu berkahwin itu dapat menghindari aku dari dosa-dosa besar,namun aku takut untuk memikul tanggungjawab yang bakal ku pikul,aku takut aku tidak dapat memberikan nafkah yang secukupnya kepada pasangan dan zuriatku kelak,aku takut aku tidak dapat membimbing mereka kearah jalan-Mu,aku takut aku tidak dapat memberikan mereka ilmu yang mencukupi mengenai diri-Mu Ya Allah,sesungguhnya aku tidak menolak sebuah perkahwinan itu kerana ianya merupakan sebuah ibadat,tetapi aku takut dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang sebesar itu,Ya Allah,jika pasanganku ada diluarsana,Kau peliharalah dia,hindarilah dia dari kemaksiatan,selamatkanlah dia dari bala bencana,kurniakanlah dia rezeki-Mu,kuatkanlah iman dihatinya,teguhkanlah hatinya dalam mengharungi ujian dari-Mu Ya Allah,kurniakan lah aku rezeki yang melimpah-ruah,agar dapat aku beribadat kepada-Mu dengan lebih sempurna,kurniakanlah aku kesihatan tubuh badan agar aku dapat berdakwah kejalan-Mu,kurniakanlah aku pasangan dan zuriat yang soleh agar aku mendapat syafaat dari-Mu Ya Allah,teguhkanlah imanku kuatkanlah hatiku dalam mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba ini,Ya Allah jika ditakdirkan telah sampai waktu untuk aku berpasangan,kau berkatilah perkahwinan kami,hindarilah kami dari sebarang fitnah,bala bencana dan kemurkaan-Mu,sesungguhnya aku ini hamba-Mu yang lemah lagi hina,tiada tempat lain untuk ku bermohon selain kepada-Mu Ya Allah,terimalah taubat kami,limpahkanlah rezeki kami permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,makbulkanlah doa kami ini Ya Allah,jaga lah hati kami dari terjebak dengan kemaksiatan,peliharalah kami dari kejahatan,bantulah kami dalam perjuangan kami untuk menegakkan agama-Mu Ya Allah,jadikanlah kami dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.....amin

pesan buat kekasih


Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

( 1 )
Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

( korus )
Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

( ulang 1 )

( ulang dari korus )

Romantis


Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu

Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

( ulang dari 1 )

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu Kaulah kekasih

Wednesday, 4 January 2012

Allah Maha Penyayang

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika aku sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah ” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa kawanku itu beribadah dengan berlebihan. Aisyah seperti tidak bersetuju dengan amalan berlebihan begitu.Kemudia Nabi SAW bersabda “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun seseorang itu yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik ,ibadah yang paling banyak akan dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

Di manakah solat kita


Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.

Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wanita pertama masuk syurga

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang
bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ?
Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis
ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara
cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini
nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

“Ya dengan Hasan dan Husain ”

“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah.
Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan
dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

“Di ladang” Jawab Muti’ah

“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga



Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)


Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Tuesday, 3 January 2012

Dalam Mihrab Cinta


mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara

reff:
tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara



Source: http://liriklaguindonesia.net/oki-setiana-dewi-andy-arsyil-karena-hati-bicara-ost-dalam-mihrab-cinta.htm#ixzz1iPrppqqY