
Ya Allah,kurniakanlah aku pasangan yang solehah,kurniakanlah aku zuriat yang soleh,Ya Allah sesungguhnya malam ini aku kesepian,aku juga merasa takut akan perasaanku yang tak menentu,lindungilah aku,jika belum tiba masa untuk aku berpasangan kuatkanlah imanku YA Allah,Ya Allah sesungguhnya aku takut dengan siksaan api neraka-Mu,walaupun ku tahu berkahwin itu dapat menghindari aku dari dosa-dosa besar,namun aku takut untuk memikul tanggungjawab yang bakal ku pikul,aku takut aku tidak dapat memberikan nafkah yang secukupnya kepada pasangan dan zuriatku kelak,aku takut aku tidak dapat membimbing mereka kearah jalan-Mu,aku takut aku tidak dapat memberikan mereka ilmu yang mencukupi mengenai diri-Mu Ya Allah,sesungguhnya aku tidak menolak sebuah perkahwinan itu kerana ianya merupakan sebuah ibadat,tetapi aku takut dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang sebesar itu,Ya Allah,jika pasanganku ada diluarsana,Kau peliharalah dia,hindarilah dia dari kemaksiatan,selamatkanlah dia dari bala bencana,kurniakanlah dia rezeki-Mu,kuatkanlah iman dihatinya,teguhkanlah hatinya dalam mengharungi ujian dari-Mu Ya Allah,kurniakan lah aku rezeki yang melimpah-ruah,agar dapat aku beribadat kepada-Mu dengan lebih sempurna,kurniakanlah aku kesihatan tubuh badan agar aku dapat berdakwah kejalan-Mu,kurniakanlah aku pasangan dan zuriat yang soleh agar aku mendapat syafaat dari-Mu Ya Allah,teguhkanlah imanku kuatkanlah hatiku dalam mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba ini,Ya Allah jika ditakdirkan telah sampai waktu untuk aku berpasangan,kau berkatilah perkahwinan kami,hindarilah kami dari sebarang fitnah,bala bencana dan kemurkaan-Mu,sesungguhnya aku ini hamba-Mu yang lemah lagi hina,tiada tempat lain untuk ku bermohon selain kepada-Mu Ya Allah,terimalah taubat kami,limpahkanlah rezeki kami permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat,makbulkanlah doa kami ini Ya Allah,jaga lah hati kami dari terjebak dengan kemaksiatan,peliharalah kami dari kejahatan,bantulah kami dalam perjuangan kami untuk menegakkan agama-Mu Ya Allah,jadikanlah kami dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.....amin
Kahwinnnnnnnn!!!
ReplyDeleteKami di Kursus Pra perkahwinan Sentul Astana Mahabbah MASIH LAGI MEMBUKA RUANG menawarkan komisen kepada sesiapa yang berjaya mengajak rakan-rakannya mengikuti kursus kahwin di tempat kami hujung minggu ini.
Jika berminat dan ingin mengetahui komisen tersebut, boleh email atau hubungi kami di talian 0107783143 (sara) & 0134675752-whatsapp (siti) email astanamahabbah@gmail.com
Ayuh rebut peluang bersama-sama kami...