Beruntunglah bagi jiwa yg belum pernah tercuit cinta yg melalaikan. Beruntung jua bagi mereka yg telah dicuit cintai lalai itu, kemudian meninggalkannya tatkala sedar, hati dan jiwa seluruhnya,hanya buat Allah, dan pasangan yg halal untuknya.. ♥♥♥
Monday, 27 February 2012
Adakah ini sebuah cinta
Apa maknanya cinta suci,cinta yang hakiki?aku masih cuba untuk memahami maksud sebenar disebalik perasaan yang aku sendiri kadang2 pening dan tewas untuk mengawalnya.cinta itu suatu perkara yang indah,ianya sebuah perasaan yang wujud dalam diri manusia tanpa perlu diajar,dipupuk seperti disiplin...namun cinta ini mampu menjadikan seorang insan itu tidak keruan.gembira atau sedih..ade jugak yang sanggup membunuh diri kerana perasaan cinta yang kian menular dihati,apakah tujuan cinta sebenarnya?cinta sebenarnya adalah perasaan dimana kita redha akan takdir yang ditentukan Allah kepada kita,cinta itu bermaksud ketakwaan kita kepada Allah,rasa kasih dan sayang kepada Allah,itulah sebenarnya cinta,jika hari ini kita masih lagi mencari cinta seorang insan yang belum tentu setia kepada kita,adalah lebih baik untuk kita mencari erti cinta sebenar iaitu cintakan Ilahi,rasa cinta dihati itu penting,tanpa cinta dalam diri nescaya meranalah jiwa,sengketa dan dusta yang merajai jiwa,namun cinta itu perlulah berlandaskan doa dan ketakwaan kita kepada Allah yang sentiasa mencintai hamba-Nya,kita kadang2 lupa akan semua ini,kita kadang2 buta tentang cinta ini,tetapi sampai bilakah kita harus lupa,sampai bilakah kita harus mencari cinta yang belum tentu ikhlas dan suci?hidup ini penuh dengan suka dan duka,penuh dengan cahaya yang kadang2 kita sendiri tidak nampak,penuh dengan kenikmatan yang kadang2 kita leka dengannya,apalah erti cinta suci andai kata2 sering dimungkiri,apalah erti cinta suci andai janji2 sering didustai....
Friday, 24 February 2012
Perjalan hidup yang kian rumit
Kehidupan.....apakah matlamat sebenar aku dalam kehidupan ini...kadang2 aku terfikir yang aku ini tidak memiliki apa2 tujuan dalam hidup,hanya untuk mencari rezeki dan hidup tenang tanpa sebarang gangguan dari orang lain...tapi semua itu berubah sekarang...hidup ini hanya sementara,penuh dengan ujian,dugaan yang kita kadang2 tdak menyangka akan terjadi kepada diri kita,jika sebelum ini aku tidak pernah memikirkannya,tapi kini aku derita bila emikirkannya....sungguh indah ujian dari-Mu Ya Allah....hidup kadang2 nampak senang,tenang,tanpa sebarang masalah....tapi tanpa kita sedari,hidup ini adalah satu janji yang kita selaku hamba yang tidak memiliki sebarang hak terhadap dunia ini harus akur dan petuh atas segala janji2 yang telah kita persetujui dan wajib untuk kita melaksanakan segalanya.....hari ini aku menjadi takut dengan apa yang telah aku lalui,dengan dosa2 ku yang sebelum ini begitu banyak umpama pasir di pantai yang mstahil untuk dihitung,hanya menunggu waktu untuk membayar kesemuanya kembali apabila tiba masa yang dijanjikan,hari ini aku hanya mampu untuk berserah dan bermohon agar Allah mengampunkan segala dosa2 ku yang lepas dan menghindari aku dari segala bentuk kemaksiatan dimasa hadapanku kelak.....hanya kepadaMu ku bermohon dan berserah,hanya cinta dari-Mu yang ku dambarkan,kuserahkan segala ketantuan,biarlah masa yang berbicara,akan ku serah cinta ini bukan lagi pada mausia kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan,aku adalah aku yang sekarang,biar terbuangkan terus berjuang,akan kuserahkan cinta ini sepenuh hati dengan keikhlasan,aku adalah aku yang sekarang,kuserahkan cinta ini
Thursday, 23 February 2012
Cinta dariMU
Ya Allah disaat aku leka dengan cinta dunia ini,aku menjadi lupa akan cinta dari-Mu,walaupun aku pasti cinta dari-Mu ini tak terbanding nilainya dengan nikmat dan cinta yang ada di dunia ini,Ya Allah disaat aku mencari cinta seorang insan yang haram bagiku,aku menjadi lupa akan janji azab neraka yang telah Engkau janjikan kepada mereka yang ingkar terhadap-Mu,setiap detik dalam hidupku penuh dengan dosa,ujian dan dugaan dunia yang sementara,tetapi aku menjadi mabuk dengannya,aku menjadi alpa dengannya walaupun ku tahu nikmat itu tidak kekal selamanya...nikmat itu tidak seindah nikmat yang Kau kurniakan kepada ku,Ya Allah aku bermohon kepada-Mu disaat aku lemah,disaat aku dalam keadaan hina,disaat aku kesedihan,disaat aku memerlukan sesuatu,sesungguhnya aku tidak pernah ikhlas dalam mencintai-Mu,Ya Allah jadikanlah taubat ini taubat yang Engkau berkati,yang Engkau redhai agar aku dapat mencapai cinta yang abadi terhadap-Mu,kurniakanlah aku rezeki yang melimpah-ruah dan jika rezeki itu mampu menjadikan aku lupa akan-Mu,maka Kau jauhilah aku dari rezeki itu agar aku dapat mengekalkan rasa cintaku kepada-Mu...pada pagi yang indah ini aku bermohon kepada-Mu agar diambil rohku disaat aku sedang bersujud kepada-Mu dalam solat jumaatku,sesungguhnya Kau makbulkanlah doaku ini Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...tiada cinta yang seikhlas cinta-Mu,tiada kasih yang seagung kasih dari-Mu,tiada sayang yang mampu menandingi sayang dari-Mu...hindarilah aku dari kesesatan,dari kecelakaan,dari segala bala-bencana dan dari siksaan api neraka-Mu,berkatilah hidupku,rahmatilah segala ilmu dan rezeki yang telah aku terima dari-Mu selama ini,kurangkanlah azab kuburku,kurangkanlah azab sakratulmautku Ya Allah...jadikanlah aku dalam golongan mereka yang beriman dan mencintai-Mu,hindarilah aku dari penyakit cintakan dunia Ya Allah...sesungguhnya Kau Maha Mengetahui lagi Maha Bijak sana.....
Tuesday, 21 February 2012
Indahna kenangan
Hidup ini penuh dengan pengalaman,ada yang pahit dan ada yang manis,dan suatu masa nanti kita akan mampu mentertawakannya sendiri bila mengingatinya kembali...semenjak aku kecil,sekolah rendah,sekolah menengah,tingkatan 6 dan sampai sekarang banyak penglaman yang aku dapat...kadang2 aku merasa malu terhadap apa yang telah aku lakukan pada masa lampau ku,namun yang lepas telah berlalu dan takkan mampu untuk kita mengubahnya...kita hanya mampu menjadikan ianya sebuah iktibar dan pengajaran kepada kita untuk masa hadapan,semoga aku masih memiliki masa depan yang indah setelah apa yang telah aku lakukan sebelum ini...
Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah Oleh Fathi Yakan
Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei
tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung
terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada
KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia
sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan
dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan
Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)
Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah
menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh
menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia.
Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian,
mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.
Marilah kita melihat rintangan tersebut satu persatu mengkaji betapa
bahayanya dan betapa pula kesannya. Dengan itu dapat kita menemukan caracara
yang boleh diikuti untuk melepaskan diri daripadanya.
والحكمة ضالة الملؤ من أنى وخد ها فهو أحق بها
Sungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang Mukmin.
Maka di mana saja ia temui dialah yang berhak mengambilnya
Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat
berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat
kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan
Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam:
دب اليكم داء الا مم قباآم , الحسد و البغضاء .والبغضاء هي الحا لقة
.أما اني لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدین
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan
permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:
ما ذ ئبا ن جائعان أرسلا في زریبة غنم بأفسد لها من الحرص على
المال والسد في دین المسلم .وان الحسنات آما تأ آل النار الطب
“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih
besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat
serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.”
(Hadith riwayat Al-Tirmizi)
Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya
yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat
sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya
mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan
yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu
masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan imej mereka.
Ibnu Mu’taz pernah berkata:
“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Dalam hubungan ini Allah Subhanahu Wata’ala telah memerintahkan
Nabi dan umatnya supaya berlindung dari bencana golongan pendengki.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ( 1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ( 2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
( 3) وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ( 4) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ( 5 )
“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, dan kejahatan
makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan
wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dan kejahatan
orang yang dengki apabila ia dengki. ”
(Surah Al-Falaq: Ayat 1-5)
Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling dengki
mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian.
Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak antara satu
sama lain.
Beliau bersabda:
ایا آم والظن فان الظن أآذب الحدیث ولا تحسسوا ولا تجسسوا ولا تن ا
فسوا ولا تحاسدوا ولاتبا غضوا ولا تدابروال ، وآونوا عباد الله إخوان اً
آماامر. المسلم أخو المسلم لایظلمه ولا یخذله ولا یحقره. التقوى ههنا.
وأشار إلى صدره.. بحسب امرىء من الشر ان یحقر أخاه المسلم.. آل
المسلم على المسلم حرام دمه وعر ضه وماله
Maksudnya:
“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata
yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya;
janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya.
Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi
seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi
seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang
Muslim yang lain.”
(Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Sebenarnya orang-orang yang dengkikan kelebihan, kebolehan dan ilmu
yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada para Du’at
mempunyai jiwa yang berpenyakit, hati yang berkarat. Mereka sanggup
membuat tipu-daya terhadap saudara mereka sendiri demi melepaskan kemarahan dan sentimen yang meluap dalam dada mereka. Sikap inilah yang
pernah mendorong Qabil membunuh saudara kandungnya Habil.
Perasaan dengki, marah dan dendam yang meluap-luap inilah yang
mendorong berlakunya kejahatan tersebut.
Allah Subhanahu Wata’ala:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ یُتَقَبَّلْ
مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا یَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ( 27 ) لَئِن بَسَطتَ
إِلَيَّ یَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَاْ بِبَاسِطٍ یَدِيَ إِلَيْكَ لَأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللّهَ رَبَّ
الْعَالَمِينَ ( 28 ) إِنِّي أُرِیدُ أَن تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
وَذَلِكَ جَزَاء الظَّالِمِينَ ( 29 ) فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ
( الْخَاسِرِینَ ( 30
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dan salah seorang dan mereka (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian ‘alam.”
“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim. Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.”
(SurahAl-Ma’idah: Ayat 27-30)
Babak-babak dakwah Islam yang dilalui sepanjang sejarah zaman dahulu
dan kini banyak memperlihatkan peristiwa-peristiwa tragis di mana penyebab
utamanya ialah sifat hasad dengki. Bukan sifat dengki dan orang jauh tetapi
yang datang dan kalangan sahabat handai sendiri. Salah seorang penyair
bermadah:
وظلم ذوي القربى أشد مضا ضة على المرء منوقع الحسام المهند
Penganiayaan oleh kaum kerabat lebih berbisa dirasakan, oleh seseorang,
dari tusukan pedang waja India.
Sekian banyak para pemimpin dan penguasa yang telah difitnah dan
dicela, khabar-khabar angin dan kata nista dihadapkan kepada diri mereka;
terbit dari rasa dengki orang yang sakit jiwa dan tidak mengendahkan maruah
orang dan tanggungjawab akhlak terhadap orang lain. Sekian banyak tuduhan tuduhan palsu dicipta untuk mengobarkan kebencian dan permusuhan yang
didorong oleh perasaan dengki dan khianat. Banyak jamaah yang berpecahbelah
kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati; membawa fitnah ke
sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala, — Tuhan alam
semesta; tanpa mengambil pusing akan peringatan Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam. Beliau bersabda mengingatkan:
ليس مني ذو حسد ولا غميمة ولا آهانة ولا أنامنه
“Orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.”
Kemudian baginda membaca firman Allah Subhanahu Wata’ala yang berbunyi:
وَالَّذِینَ یُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اآْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا
( وَإِثْمًا مُّبِينًا ( 58
“Orang-orang yang menyakiti para Mu‘min lelaki dan perempuan (dengan membuat
fitnah) padahal mereka (orang-orang yang beriman tersebut) tidak berdosa maka
sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikul beban pendustaan dan dosa yang nyata.”
(Surah Al-Ahzab: Ayat 58)
Bencana hasad dengki ini apabila telah berkobar boleh mendorong orang
yang berkenaan melakukan berbagai-bagai kebodohan, boleh melakukan apa
saja keburukan dan hal-hal yang dilarang; persis seperti api apabila ia berkobar
marak; ia membakar daun-daun yang kening dan basah tanpa kecuali.
Manusia yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta
kebohongan dan fitnah untuk merugikan manusia lain yang menjadi lawannya.
Alangkah baiknya, kalau sebelum ia berbuat demikian ia menginsafi
bencananya. Alangkah baiknya, jika ia mendengar Hadith Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam yang menyelar orang-orang sepertinya.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
ایما رجل أشاع على رجل مسلم بكلمه هومنها بريء یشينه بها في
الدنيا، آان حقأ على الله ان یذیبه یوم القيامة النار حتى یأتي بنفاد ماقال
“Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.”
(Hadith riwayat Al-Thabarani)
Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat dan menjadi batu api
padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasanalasan
kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia
terus terjebak di dalam fitnah.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:
وَمِنْهُم مَّن یَقُولُ ائْذَن لِّي وَلاَ تَفْتِنِّي أَلاَ فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُواْ وَإِنَّ جَهَنَّمَ
لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِینَ ( 49 ) إِن تُصِبْكَ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكَ مُصِيبَةٌ
یَقُولُواْ قَدْ أَخَذْنَا أَمْرَنَا مِن قَبْلُ وَیَتَوَلَّواْ وَّهُمْ فَرِحُونَ ( 50 ) قُل لَّن یُصِيبَنَا
( إِلاَّ مَا آَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَآَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ( 51
Maksudnya:
“Ada di antara mereka yang berkata izinkan saya pergi dan jangan melibatkan aku dalam fitnah. Bahkan mereka telah pun terjebak dalam fitnah dan sesunguhnya neraka itu melingkari orang-orang kafir. Seandainya, engkau; hai Muhammad mendapat kebaikan maka hal itu merunsingkan mereka tetapi sekiranya engkau mendapat bencana kesusahan mereka akan berkata:
Kami telah pun menyedari dan menghindari bencana tersebut awal-awal lagi. Kemudian mereka beredar dengan riang gembira. Katakanlah wahai Muhammad, tidak ada yang akan menimpa kami kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dialah Tuhan kami dan hendaklah orang-orang Mukmin bertawakkal kepada Allah.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 49-51)
Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa
ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah Subhanahu
Wata’ala telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya siksa yang pedih.
Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa
bertaubat dan sedar diri.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menyatakan:
الربا اثنان وسبعون بابأ، ادناها مثل اتيان الرجل امه وان اربى الربا
استطالة الرجل في عرض أخيه
‘Riba ‘ itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan
Jenis dengan ibu sendiri dan sebesar-besar riba’ ialah seorang itu menghakis nama baik saudaranya.’
(Hadith riwayat A1-Tabrani)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
مأاآل لحم اخيه في الدنيا قرب اليه یوم القيامة فيقال له : آله ميتأ آما
اآلته حيأ، فيأ آله ویضخ.
Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak.
(Hadith riwayatAl-Faqir Ustaz Ahmad Fahmi-Tabrani dan lain-lain)

الغيبة أشد من الزنا. قيل: وآيف؟ قال الرجل یزني ثم یتوب فيتوب الله
عليه، وان صاحب الغيبةلا یغفر له، حتى یغفر له صاحبه
Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahbat bertanya bagaimana? Rasulullah
menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima
oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya
sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.”
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi pengertian mengumpat
dengan sabdanya:
اتدرون ما الغيبة؟ قالوا: الله ورسرله أعلم: ذآرك أخاك بما یكره. قيل:
أرأیت إن آان في أخي ماأقول؟ قال: ان آان فيه ما تقول فقد بحته
“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya
yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam lagi:(Mengumpat
ialah)“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu
ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: “Sekiranya apa yang engkau
sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermaknna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengadaadakan kebohongan terhadapnya.”

Sunday, 19 February 2012
"26 dosa-dosa seorang isteri :
1. berlebihan dan menuntut kesempurnaan
2. kurang memperhatikan orang tua suami
3. kurang mempercantikkan diri di hadapan suami
4. banyak berkeluh kesah dan kurang bersyukur
5. mengungkit ungkit kebaikan kepada suami
6. menyebarkan masalah rumahtangga kepada orang lain
7. kurang memperhatikan posisi dan status sosial suami
8. kurang membantu suami dalam kebajikan dan ketakwaan
9. membebani suami dengan banyak tuntutan
10.membuat suami risau dengan banyak menjalin hubungan
11.bersikap nusyuz terhadap suami
12.menolak ajakan suami berhubungan badan
13.lalai dalam melayani suami
14.memasukkan orang yang tidak diizinkan suami de dalam rumahnya
15.keluar dari rumah tanpa izin suami
16.menaati suami dalam kemaksiatan kepada Allah swt
17.cemburu berlebihan terhadap suami
18.buruknya perilaku isteri bila suamiberpoligami
19.lalai dalam mendidik anak-anak
20.kurang perhatian terhadap keadaan dan perasaan suami
21.menyebarluaskan rahsia tempat tidur
22.isteri mendeskripsikan seorang perempuan kepada suami
23.menggugat kepimpinan suami
24.isteri yang ikhtilah dan tabarruj di hadapan kaum laki-laki
25.kurang setia terhadap suami
26.kurangnya ketakwaan kepada Allah setelah berpisah dari suami"

Malam ini penuh kenangan...
Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya melepaskan semua beban yang aku pikul pada hari ini...lega rase,indahnya hari ini tidak pernah ku rasai sebelum ini....paling tidak aku telah meluahkan segalanya pada semua tentang apa yang telah aku simpan,malu,cinta,marah,sedih dan lain2....huhuhuhuhu,walaupun aku ditolak paling krang aku jujur dalam melakukan segala kerja dan tindak-tandukku...insyaAllah aku akan menjadi lebih matang lepas nie dalam menjalani hidupku pada masa yang akan datang...sungguh indah hidup ini bila kita diuji...menguji tahap keimanan hati yang semakin hari semakin kabur akan dosa dan segala tipu daya dunia yang sementara...aku jugabermohon agar aku dilimpahkan rezeki untuk aku terus beribadat....insyaAllah...malam nie entah mcm mane rase ngatuk awal2 lagi,orang kata belum pecah mata belalang dah ngantuk,atau malam masih muda...huhu...tapi malam nie aku rase sungguh lega,rase macam baru lepas exam final....hahahaha,nie nak g solat isyak pasu turun joging jap...baru ngantok sikit jaga kesihatan badan tu penting.....
Sunday, 12 February 2012
24 PERINGATAN PENTING BUAT WANITA YANG WAJIB BACA
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Friday, 10 February 2012
Hidayah dariMu

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu,jika tadi aku telah diuji dengan ujianMu yang tidak aku sendiri menyangka kerana sifat takkalbur ku,jika tidak pasti teraniaya aku pada malam ini,sesungguhnya Kau telah menyedarkan aku,sesungguhnya kepadaMu aku bermohon agar dikekalkan rasa ikhlas dihatiku ini terhadapMu,lindungilah aku dari segala dugaan yang aku sendiri tidak menyangka,jika tadi aku telah ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar bersama rakan serumah ku,tapi berkat dan rahmat dariMu telah melembutkan hati pihak mereka dari mengenakan saman kepada kami,aku bersyukur padaMu yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa....insyaAllah aku tidak akan melupakan kejadian malam tadi yang sedikit sebanyak telah menginsafkan aku terhadap kebesaranMU,jika selama ini aku lupa akanMu,namun kau masih lagi mencurahkan rahmatMu yang tak terhingga kepadaku yang hanya seorang hamba yang hina lagi zalim terhadapMu,kukuhkanlah rasa cinta dihatiku ini Ya Allah....nikmatMu begitu luas untukku dan tidak dapat ku bayar semua itu dengan segala amalanku selama ini....Ya Allah bentuklah hatiku kearah keredaanMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang......
Thursday, 9 February 2012
Zikir-zikir cinta
1.) Untuk wujudkan rasa cinta Allah dalam diri kita ;
Sila amalkan *zikir tasbihat pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
*Zikir tasbihat = Subhanallah, Alhamdulillah, Laailaha illallah, Allahuakbar.
2.) Untuk wujudkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam diri kita ;
Sila amalkan membaca selawat atas nabi SAW pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
3.) Untuk wujudkan rasa cinta kepada diri kita sendiri ;
Sila amalkan istighfar (mohon keampunan) pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
4.) Untuk wujudkan rasa cinta kepada sesama muslim (saudara seislam) kita ;
Sila sebarkan salam dan eratkan silaturrahim.
Untuk mengeratkan silaturrahim…
Kalau berjauhan, kita saling mendoakan.
Kalau berdekatan, kita saling kunjung mengunjungi.
Kalau sudah bertemu, kita saling nasihat menasihati dalam perkara iman.
Nampak mudah untul amal, tapi payah sekali untuk istiqamah. Namun begitu, mari kita cuba amalkan sebaik mungkin…
Sekian, selamat beramal dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaAllah.

Tuesday, 7 February 2012
Teman.....
ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀʟᴜ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ ᴛᴇᴍᴀɴ sᴇᴄᴀɴᴛɪᴋ Bᴀʟǫɪs
ᴀɴᴅᴀɪ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴋ sᴇʜᴇʙᴀᴛ Sᴜʟᴀɪᴍᴀɴ,
ᴍᴇɴɢᴀᴘᴀ ᴍᴇɴɢʜᴀʀᴀᴘ ᴛᴇᴍᴀɴ sᴇᴛᴀᴍᴘᴀɴ Yᴜsᴏғ
ᴊɪᴋᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴛᴀᴋ sᴇᴛᴜʟᴜs Zᴜʟᴀɪᴋʜᴀ?
ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀʟᴜ ᴍᴇɴɢʜᴀʀᴀᴘ ᴛᴇᴍᴀɴ sᴇᴛᴇɢᴜʜ Iʙʀᴀʜɪᴍ ᴀɴᴅᴀɪ ᴛɪᴅᴀᴋ sᴇᴋᴜᴀᴛ Sɪᴛɪ Hᴀᴊᴀʀ,
ᴅᴀɴ ᴍᴇɴɢᴀᴘᴀ ᴅɪᴅᴀᴍʙᴀᴋᴀɴ ᴛᴇᴍᴀɴ ʜɪᴅᴜᴘ ʙᴀᴋ Sɪᴛɪ Kʜᴀᴅɪᴊᴀʜ ᴋᴀʟᴀᴜ ᴅɪʀɪ ᴛɪᴅᴀᴋ sᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀ Rᴀsᴜʟᴜʟʟᴀʜ ?
-maka aku balas dengan tulisan ini
ᴀᴋᴜ ʙᴜᴋᴀɴ Sᴜʟᴀɪᴍᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛ ᴘᴇʀᴍᴀᴛᴀ Bᴀʟǫɪs,
ᴀᴋᴜ ᴊᴜɢᴀ ᴛᴀᴋ sᴇᴋᴀᴄᴀᴋ Yᴜsᴏғ ᴛᴜᴋ ᴘᴇʀᴏʟᴇʜ ᴄɪɴᴛᴀ Zᴜʟᴀɪᴋʜᴀ,
sᴇᴛɪᴀᴋᴜ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴇɴᴀɴᴅɪɴɢɪ Iʙʀᴀʜɪᴍ,ᴊᴀᴜʜ sᴇᴋᴀʟɪ ᴄɪɴᴛᴀ Sɪᴛɪ Hᴀᴊᴀʀ.
Dᴀɴ...ᴀᴋᴜ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴍᴇɴɢʜᴀʀᴀᴘ ᴛᴇᴍᴀɴ ʜɪᴅᴜᴘ ʏᴀɴɢ sᴇɪɴᴅᴀʜ Sɪᴛɪ Kʜᴀᴅɪᴊᴀʜ sᴇʀᴛᴀ sᴇᴍᴀɴᴊᴀ Sɪᴛɪ Aɪsʏᴀʜ ᴋᴇʀɴᴀ ᴅɪʀɪᴋᴜ ᴛɪᴅᴀᴋ sᴇʜᴇʙᴀᴛ Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ʏᴀ Rᴀsᴜʟᴜʟʟᴀʜ ^_^

8/2/2012
Perjalanan hidupku,semakin hari aku semakin hampir dengan apa yang telah aku janjikan iaitu mati yang pasti,setiap langkah dalam pengembaraan hidupku,aku menjadi semakin jelas dengan apa matlamat hidupku yang sebenarnya,bukan mengejar cinta manusia yang belum pasti,mengejar kekayaan yang takkan kekal,pangkat atau darjat yang menjadikan aku lupa diri,wanita yang melalaikan aku kearah kemaksiatan tetapi cinta sejati terhadap Ilahi,aku kadang-kadang lupa akan cinta sejati itu,cinta yang tak akan ada penghujungnya....Ya Allah janganlah Engkau pusingkan hatiku setelah Engkau berikan cahaya kepadaku,kini aku semakin pasti akan rasa cinta dihatiku terhadapMu,sesungguhnya kesedaran itu amat susah untuk ku perolehi,cinta dan kasih sayangMu yang sentiasa melimpahruah,walaupun aku sering lupa akanMu,aku seperti seorang hamba yang hina,mudah lupakan diri sedangkan aku menumpang di alamMu yang sungguh indah ini,dikurniakan pula rezeki dan nikmat yang tak pernah ku syukuri dahulu,sungguh indah cintaMu,tiada tandingan,tiada yang sesuci cintaMu Ya Ilahi,dalam perjalanan hidupku ini hanya mengharapkan nilai dan erti cinta dariMu,walaupun disekelilingku penuh dengan dugaan yang begitu kuat,ranjau yang penuh duri,pasti...pasti akan ku tempuhi walaupun aku terluka ataupun mati sekali pun kerana aku tahu dan yakin cintaMu takkan pernah luntur,aku bermohan padaMu yang satu,bantulah hambaMu yang hina ini dalam melangkah diduniaMu ini yang penuh dengan penipuan yang tiada kesudahan,aku malu akan diriku,aku juga bersyukur kerna Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu yang hina ini,yang tinggal hanyalah usaha untuk aku mendekatiMu,mencintaiMu,memohon keberkatan dariMu...cinta didunia ini tidak pernah ada yang kekal,aku pasti suatu hari nanti aku akan bertemu dengan jodohku yang telah ditentukanMu,dan yang lebih penting aku akan menghadapMu,seseungguhnya Kau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,ampunilah aku....setiap kali aku menyebut namaMu,aku menjadi tenang,aku gembira,sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku selama ini,tapi sayang kenapa sekarang baru aku menyedari semua itu,selama ini aku buta,selama ini aku jahil terhadapMu...ampunilah atas segala dosa-dosaku selama ini...sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurgaMu,tetapi aku amat takut akan siksaan nerakaMu yang dasyat itu,bantulah aku Ya Ilahi......
Sunday, 5 February 2012
Ulamak akhir zaman

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai "ulama suk (jahat)."
Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi
1. Cinta dunia
Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.
Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.
Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).
2. Ilmu yang tidak global
Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.
Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.
Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.
Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.
3. Sudah tidak mewarisi nabi
Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."
Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.
Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.
4. Ulama sudah dimiliki
Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.
Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.
5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki
Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.
6. Kejumudan dan liberalisme
Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.
Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.
7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal
Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.
8. Bekerja untuk dapat duit
Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.
Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."
Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.
Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim... Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...
Saturday, 4 February 2012
Hari penuh Kecintaan

Assalamualaika Ya Rasulullah...
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari Isnin 12 Rabiuawal, Tahun Gajah
seluruh alam bersinar Cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah…
Assalamualaika Ya Rasulullah...
airmata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
indah rambutmu hitam ikal yang rapi
indah matamu memancar sinar Cinta
berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
gagah tanganmu menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan…
Assalamulaika Ya Rasulullah...
mengalir airmata jernih tanpa tertahan
lantaran cinta dan rindu tiada terperi
merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
jika kerinduan tiada kau tawarkan
keindahan syurga tiada mengubat diriku
jika wajahmu tiada ku pandang…
Assalamualaika Ya Rasulullah...
apakan makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki
jika kau tiada tersenyum melihatnya
apakah makna kenikmatan syurga
jika engkau tiada dapat dipandang
apa makna setiap nafasku
jika engkau memalingkan wajahmu…
Ya Allah...,
hidupkan Cinta dalam jiwa ini
pada Rasulullah Rahmatulilalamin
semoga dengan Cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahagiaan menatap wajahnya
mendengar kalimahnya ”…engkaulah umat ku…”
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan
Assalamualaika Ya Rasulullah…
Assalamualaika Ya Habiballah…
Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Kita umat Muhammad yang sangat dicintai dan dirindui oleh baginda...

suatu hari..nabi bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?" sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah" sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yg mulia" nabi tersenyum lalu berkata:"ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia" para sahabat terdiam lalu bekata:"adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?" nabi berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.. Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata... "wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! " Kasih Muhammad terhadap kita sangat mendalam... Ucapkan selawat kepada Nabi..sekali kita selawat kepada Nabi,10 kali Allah selawat untuk kita
Thursday, 2 February 2012
6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Wednesday, 1 February 2012
Epilog hidup seorang pejuang

Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..
Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..
Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..
Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..
Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..
Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..
Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..
Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..
Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..
Subscribe to:
Posts (Atom)