1.) Untuk wujudkan rasa cinta Allah dalam diri kita ;
Sila amalkan *zikir tasbihat pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
*Zikir tasbihat = Subhanallah, Alhamdulillah, Laailaha illallah, Allahuakbar.
2.) Untuk wujudkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam diri kita ;
Sila amalkan membaca selawat atas nabi SAW pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
3.) Untuk wujudkan rasa cinta kepada diri kita sendiri ;
Sila amalkan istighfar (mohon keampunan) pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
4.) Untuk wujudkan rasa cinta kepada sesama muslim (saudara seislam) kita ;
Sila sebarkan salam dan eratkan silaturrahim.
Untuk mengeratkan silaturrahim…
Kalau berjauhan, kita saling mendoakan.
Kalau berdekatan, kita saling kunjung mengunjungi.
Kalau sudah bertemu, kita saling nasihat menasihati dalam perkara iman.
Nampak mudah untul amal, tapi payah sekali untuk istiqamah. Namun begitu, mari kita cuba amalkan sebaik mungkin…
Sekian, selamat beramal dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment