Friday, 10 February 2012

Hidayah dariMu


Ya Allah aku bersyukur kepadaMu,jika tadi aku telah diuji dengan ujianMu yang tidak aku sendiri menyangka kerana sifat takkalbur ku,jika tidak pasti teraniaya aku pada malam ini,sesungguhnya Kau telah menyedarkan aku,sesungguhnya kepadaMu aku bermohon agar dikekalkan rasa ikhlas dihatiku ini terhadapMu,lindungilah aku dari segala dugaan yang aku sendiri tidak menyangka,jika tadi aku telah ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar bersama rakan serumah ku,tapi berkat dan rahmat dariMu telah melembutkan hati pihak mereka dari mengenakan saman kepada kami,aku bersyukur padaMu yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa....insyaAllah aku tidak akan melupakan kejadian malam tadi yang sedikit sebanyak telah menginsafkan aku terhadap kebesaranMU,jika selama ini aku lupa akanMu,namun kau masih lagi mencurahkan rahmatMu yang tak terhingga kepadaku yang hanya seorang hamba yang hina lagi zalim terhadapMu,kukuhkanlah rasa cinta dihatiku ini Ya Allah....nikmatMu begitu luas untukku dan tidak dapat ku bayar semua itu dengan segala amalanku selama ini....Ya Allah bentuklah hatiku kearah keredaanMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang......

No comments:

Post a Comment