Beruntunglah bagi jiwa yg belum pernah tercuit cinta yg melalaikan. Beruntung jua bagi mereka yg telah dicuit cintai lalai itu, kemudian meninggalkannya tatkala sedar, hati dan jiwa seluruhnya,hanya buat Allah, dan pasangan yg halal untuknya.. ♥♥♥
Tuesday, 7 February 2012
8/2/2012
Perjalanan hidupku,semakin hari aku semakin hampir dengan apa yang telah aku janjikan iaitu mati yang pasti,setiap langkah dalam pengembaraan hidupku,aku menjadi semakin jelas dengan apa matlamat hidupku yang sebenarnya,bukan mengejar cinta manusia yang belum pasti,mengejar kekayaan yang takkan kekal,pangkat atau darjat yang menjadikan aku lupa diri,wanita yang melalaikan aku kearah kemaksiatan tetapi cinta sejati terhadap Ilahi,aku kadang-kadang lupa akan cinta sejati itu,cinta yang tak akan ada penghujungnya....Ya Allah janganlah Engkau pusingkan hatiku setelah Engkau berikan cahaya kepadaku,kini aku semakin pasti akan rasa cinta dihatiku terhadapMu,sesungguhnya kesedaran itu amat susah untuk ku perolehi,cinta dan kasih sayangMu yang sentiasa melimpahruah,walaupun aku sering lupa akanMu,aku seperti seorang hamba yang hina,mudah lupakan diri sedangkan aku menumpang di alamMu yang sungguh indah ini,dikurniakan pula rezeki dan nikmat yang tak pernah ku syukuri dahulu,sungguh indah cintaMu,tiada tandingan,tiada yang sesuci cintaMu Ya Ilahi,dalam perjalanan hidupku ini hanya mengharapkan nilai dan erti cinta dariMu,walaupun disekelilingku penuh dengan dugaan yang begitu kuat,ranjau yang penuh duri,pasti...pasti akan ku tempuhi walaupun aku terluka ataupun mati sekali pun kerana aku tahu dan yakin cintaMu takkan pernah luntur,aku bermohan padaMu yang satu,bantulah hambaMu yang hina ini dalam melangkah diduniaMu ini yang penuh dengan penipuan yang tiada kesudahan,aku malu akan diriku,aku juga bersyukur kerna Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu yang hina ini,yang tinggal hanyalah usaha untuk aku mendekatiMu,mencintaiMu,memohon keberkatan dariMu...cinta didunia ini tidak pernah ada yang kekal,aku pasti suatu hari nanti aku akan bertemu dengan jodohku yang telah ditentukanMu,dan yang lebih penting aku akan menghadapMu,seseungguhnya Kau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,ampunilah aku....setiap kali aku menyebut namaMu,aku menjadi tenang,aku gembira,sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku selama ini,tapi sayang kenapa sekarang baru aku menyedari semua itu,selama ini aku buta,selama ini aku jahil terhadapMu...ampunilah atas segala dosa-dosaku selama ini...sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurgaMu,tetapi aku amat takut akan siksaan nerakaMu yang dasyat itu,bantulah aku Ya Ilahi......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment