Beruntunglah bagi jiwa yg belum pernah tercuit cinta yg melalaikan. Beruntung jua bagi mereka yg telah dicuit cintai lalai itu, kemudian meninggalkannya tatkala sedar, hati dan jiwa seluruhnya,hanya buat Allah, dan pasangan yg halal untuknya.. ♥♥♥
Monday, 27 February 2012
Adakah ini sebuah cinta
Apa maknanya cinta suci,cinta yang hakiki?aku masih cuba untuk memahami maksud sebenar disebalik perasaan yang aku sendiri kadang2 pening dan tewas untuk mengawalnya.cinta itu suatu perkara yang indah,ianya sebuah perasaan yang wujud dalam diri manusia tanpa perlu diajar,dipupuk seperti disiplin...namun cinta ini mampu menjadikan seorang insan itu tidak keruan.gembira atau sedih..ade jugak yang sanggup membunuh diri kerana perasaan cinta yang kian menular dihati,apakah tujuan cinta sebenarnya?cinta sebenarnya adalah perasaan dimana kita redha akan takdir yang ditentukan Allah kepada kita,cinta itu bermaksud ketakwaan kita kepada Allah,rasa kasih dan sayang kepada Allah,itulah sebenarnya cinta,jika hari ini kita masih lagi mencari cinta seorang insan yang belum tentu setia kepada kita,adalah lebih baik untuk kita mencari erti cinta sebenar iaitu cintakan Ilahi,rasa cinta dihati itu penting,tanpa cinta dalam diri nescaya meranalah jiwa,sengketa dan dusta yang merajai jiwa,namun cinta itu perlulah berlandaskan doa dan ketakwaan kita kepada Allah yang sentiasa mencintai hamba-Nya,kita kadang2 lupa akan semua ini,kita kadang2 buta tentang cinta ini,tetapi sampai bilakah kita harus lupa,sampai bilakah kita harus mencari cinta yang belum tentu ikhlas dan suci?hidup ini penuh dengan suka dan duka,penuh dengan cahaya yang kadang2 kita sendiri tidak nampak,penuh dengan kenikmatan yang kadang2 kita leka dengannya,apalah erti cinta suci andai kata2 sering dimungkiri,apalah erti cinta suci andai janji2 sering didustai....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment