Beruntunglah bagi jiwa yg belum pernah tercuit cinta yg melalaikan. Beruntung jua bagi mereka yg telah dicuit cintai lalai itu, kemudian meninggalkannya tatkala sedar, hati dan jiwa seluruhnya,hanya buat Allah, dan pasangan yg halal untuknya.. ♥♥♥
Saturday, 7 January 2012
Doa lisan
Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita, menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh, InshaAllah...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment