Wednesday, 28 March 2012

Kesalahan

Manusia memang tak bolehlari dari keslapan...setiap detik kita akan melakukan kesalahan dan dosa yang kadang-kadang tanpa kita sedari,dan bila kita mengenang kembali kesilapan yang telah kita lakukan dahulu,adakala kita akan tergelak sendiri dan kadang-kadang kita akan menyesalinya,bagi aku pula,setiap kesalahan dan tindakan yang aku ambil pada masa lalu banyak yang menjadi duri kepadaku,antara penyesalan yang tak mampu utuk aku melupakannya ialah dizaman persekolahan ku dahulu....sejak dari zaman sekolah aku lebih suka bermain dan mengabaikan pelajaran sehingga aku gagal dalam SPM ku,kesilapan yang kedua aku lakukan ialah memilih kolej ICAN utuk meneruskan pembelajaranku,sebab mase tu aku asyik memikirkan untuk hidup berjauhan dari ibubapa ku,nie pu kerana sb terpengaruh dengan rakan2 yang lain,aku cukup malu dan sedih dengan apa yang yelah aku lakukan,kesalahan ketiga yang aku lakukan ialah menjual moto kakak aku dengan harga yang begitu murah,sedih bercampur hiba aku,dan sehingga kesaat ini aku masih lagi meratapi semua ini,dan aku berharap ianya takkan berlaku di masa akan datang,aku juga takut dengan diri aku yang selalu alpa dengan kenikmatan yang dapat aku rasai pada masa ini,adakah aku akan menggadaikan masa depanku,apakah yang akan berlaku kepadaku selepas ini,adakah aku akan terus hidup merempat tanpa ibubapaku,Ya Allah sesungguhnya ujian-Mu pada ku kali ini amat berat,dan aku amat memerlukan pertolongan dari-Mu,disaat aku kesedihan aku akan menangis dan disaat tu baru aku akan mengingati-Mu,aku cukup malu dengan sikap dan rasa cintaku kepada-Mu,iman aku ibarat air,ada pasang surutnya...aku bermohon agar ditetapkan rasa cintaku kepada-Mu,kurniakanlah rasa cinta seorang hamba kepada penciptaNya melebihi segalanya dan kekal berpanjangan...Ya Allah kurniakanlah ketenangan dalam hatiku untuk aku menempuhi segala ujian dari-Mu,hindarilah aku dari segala bala bencana,berikanlah kesihatan tubuh badan agar dapat aku beribadat kepada-Mu,walaupun aku tahu untuk mendekati-Mu amat banyak halangannya namun nikmat dan pembalasannya amat takterhingga

No comments:

Post a Comment