Monday, 9 April 2012

Hiduplah semau-mu, tetapi ingatlah bahwa suatu saat engkau mati… Berbuatlah semau-mu, tetapi ingatlah bahwa perbuatan apapun yang engkau lakukan akan dibalas sesuai dengan yang engkau lakukan itu… Cintailah segala yang engkau cintai, tetapi ingatlah bahwa suatu saat engkau akan mengucapkan selamat berpisah dengannya… . (Pesan Malaikat Jibrail kepada Rasullallah) Cinta tak semestinya memiliki tapi redha akan takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi...setiap hati manusia pasti wujud rasa cinta,cintakan dunia atau cintakan akhirat,rasa cinta inilah yang akan menjamin ketenangan dalam hidup kita,namun apakah kita mampu untuk memahami cinta sebenar-benarnya? Hati manusia sebenarnya sukar untuk dijaga,tanpa ilmu yang banyak dan iman yang mantap,seseorang insan itu pasti akan kecundang dengan perasaan cinta itu,sehingga ada yang mengalirkan airmata dan ada jugak yang sanggup mengambil tindakan yang dimurkai Allah dengan membunuh diri. Jika kita benar-benar menghayati makna cinta yang sebenarnya,sudah pasti kita akan mendapat cahaya kaimanan yang akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat,mendapat ketenangan dalam beribadat,menjalani hidup dan berpada-pada dengan apa yang telah kita miliki,kerana sebaik-baik kehidupan adalah memiliki apa yang dikehendaki dan tidak pula berlebih-lebih,cukup sekadar mencukupi keperluan hidup,insyaAllah diberkati oleh-Nya.Melupakan cinta dunia.manusia diakhir zaman dicipta dengan satu penyakit iaitu cintakan dunia melebihi akhirat,sampaikan ada yang sangup melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah demi mencapai cita-cita yang dihajati. Melupakan cinta pertama.Sepanjang hidupku,aku belum pernah bercinta(couple)... pernah sekali aku cuba mendekati tatkala imanku lemah dengan godaan syaitan,tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya,maka ianya tidak menjadi.hatiku cukup terluka pada masa itu dan itulah pertama kali aku merasa peritnya bercinta.Ada beberapa cara untuk menghindari rasa pedih dan sedih disebabkan masaalah cinta dan antara yang aku amalkan: 1. Redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kerana Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya Redha bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim ) 2. Memikirkan perkara-perkara yang positif mengenai apa yang telah berlaku Memikirkan perkara yang positif amat sukar bila kita dalam kedaan yang amat sedih,malas segala yang positif itu akan terlindung disebalik apa yang sedang kita lalui disaat itu,cara yang senang untuk menampakan apa yang positif disebalik apa yang terjadi ialah dengan menulisnya disaat kita menangisi apa yang sedang kita lalui disaat itu…insyaAllah dalam masa yang singkat kita akan dapat menerima apa yang telah berlaku dengan hati yang tenang… 3. Bersabar… Sabar adalah satu perkara yang amat penting dalam menghadapi segala ujian dari Allah,seseorang yang mampu bersabar adalah orang yang paling kuat dalam dunia ini.ingatlah disaat kita disingkirkan Allah akan sentiasa bersama kita(orang-orang yang beriman),disaat kita dilukai ingatlah hanya kepada Allah kita bermohon dan berserah,dan disaat kita ditinggalkan,Allah tak akan pernah melupakan kita(hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh) 4. Cuba mendekatkan diri kita kepada Allah Disaat kita dalam kesedihan,cubalah kita melakukan lebih banyak amalan-amalan sunat,dan banyakkan berdoa kepada Allah,kerana Allah akan sentiasa mendengar rayuan dan doa hamba-hambaNya yang beramal soleh… Dengan mengamalkan amalan-amalan ini,akhirnya aku Berjaya memujuk hatiku yang terluka akibat cinta dunia yang sementara…cubalah kita memikirkan tengtang amal ibadat kita,apakah segala amal ibadat kita selama ini diterima oleh Allah,cuba kita renungkan tentang hari akhirat,apakah kita mampu mencium bau syurga yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang beramal soleh…berusaha,berdoa dan berserahlah kepada Allah,kerana hanya Allah Yang Maha Berkuasa,Yang Adil lagi Maha Bijaksana....

1 comment:

  1. Pernah hatiku luka pedih
    Kerana dicalari cinta penuh duri
    Lemas aku dalam dilema
    Kata janji manis sungguh tak bermakna

    Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
    Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
    Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
    Kau sebutir pasir tak berharga

    Demi cinta yang suci
    Ku rela korbankan kepentingan diri
    Demi sinar bahagia
    Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

    Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
    Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
    Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
    Menyubur iman di dalam jiwa

    Demi cinta yang suci
    Ku rela korbankan kepentingan diri
    Demi sinar bahagia
    Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
    Demi cinta hakiki
    Ku sanggup redahi apa yang terjadi

    Apalah erti cinta suci
    Andai janji-janji sering dimungkiri
    Apalah erti cinta murni
    Andai kata-kata sering didustai

    ReplyDelete